Mieda...

Buat Mujahidah Solehah...

"Dengan kecantikanmu, kau lebih bersinar dari matahari... Dengan akhlakmu, kau lebih harum dari wangian... Dengan kerendahan hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rambut yang beterbangan..."
Maka...
Pertahankanlah keindahan ini agar kau terus menjadi sayap PEJUANG ISLAM!!!

Thursday, April 29, 2010

Musim 'Exam'....

Salam dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian...
Saya harap rakan sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya, tidak lupa juga kepada Dr.chin semoga sihat sentiasa... Sudah lama rasanya saya tidak 'update' blog saya ni, maaflah rakan sekalian kerana kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit. Maklumlah sudah tiba musim peperiksaan kan, so kena 'study' lar.. Tak sempat juga rasanya jikalau mahu singgah-singgah di blog saya ni.. hehehehe. masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing... Pada musim 'exam' ni, saya rasa agak berat sedikit kerana maklumlah mesti nak dapat result cemerlang kan.. Saya harap kita semua sentiasa berdoa untuk diri masing-masing, dan tidak lupa juga untuk rakan-rakan yang lain... dan paling penting jangan lupa berdoa untuk kedua ibu bapa kita kerana mereka merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi kita... dan mereka juga tidak pernah jemu dalam mendidik kita sehinggalah kita berjaya sehingga sekarang... so minta lah restu daripada kedua ibu bapa kita supaya mendoakan kita untuk 'exam' ini... Sampai di sini sahajalah coretan saya kerana saya kekangan masa di musim 'exam' ini... hehhehe... Jikalau saya sudah lapang nanti, saya akan sentiasa meng'update' blog saya ini k.. ok lah rakan-rakan seperjuangan sekalian, saya mengundur diri dahulu dengan mendoakan sekalian agar menjawab 'exam' dengan baik dan semoga hasilnya nanti gempak... hehhe.. Dr.chin... doakanlah juga untuk kami agar kami sentiasa meningkat dalam akademik.. terima kasih banyak-banyak kepada Dr.chin dan rakan-rakan sekalian kerana sanggup berkongsi ilmu selama perjuangan kita di medan ini.. ok lah,,, jaga diri elok-elok yer semua rakan-rakanku... Salam Perjuangan diucapkan kepada semua..... =)

Wednesday, April 28, 2010

Monday, April 12, 2010

Malam Anugerah Bestari... 4th College...


Pada malam 4/4/2010, malam anugerah Bestari telah diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya... Setelah pulang dari Cameron, kami bergegas pula untuk bersiap ke hotel tersebut... Kami perlu berkumpul pada pukul 4.30 petang untuk menaiki bas.. Bas yang disediakan adalah sebanyak 12 buah.... Kami yang baru pulang dari Cameron agak keletihan... Pada malam tersebut MAB berlangsung dengan baik dan lancar sekali.. MAB dirasmikan oleh bekas perdana menteri iaitu Dato' Abdullah Ahmad Badawi... disertai dengan duta jepun... disini saya selitkan beberapa gambar MAB...

Cameron Highlands...


Hello, my friends...
Sorry lar, da lama tak update blog saya ni... Maklumlah sejak kebelakangan ni, agak sibuk sedikit hendak menyiapkan assignment yang perlu dihantar sebelum peperiksaan tiba... Pada 2/4/2010 hinggalah 4/4/2010, kami sekelas telah pergi ke Cameron Highlands bersama-sama dengan lecturer kami iaitu Dr. Shabishen dan juga pelajar Sains Asas Pendidikan... Masing-masing berasa gembira dengan travel tersebut... Travel tersebut dapat mereleasekan tension, stress dan sebagainya... Disini saya juga menyelitkan beberapa foto ketika kami disana...

Monday, April 5, 2010

Hyperlink Publisher...

Pada hari ini, kami belajar membuat hyperlink publisher... Dr.Chin telah menjemput bekas senior yang sudah graduate masuk ke kelas kami untuk mengajar kepada kami cara bagaimana kami mahu menggunakan hyperlink dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kelak... Semasa saya sedang menunjukkan hasil kerja saya kepada kelas, abang Hafiz telah datang ke kelas kami... Maka, pembelajaran kami diteruskan dengan penerangan serba sedikit daripada beliau tentang bagaimana mahu hyperlink...

Kemudian, rakan sekelas terus membuat publisher dengan menghyperlinkannya kepada website.. Sesiapa yang tidak pandai, bolehlah bertanya kepada beliau... dan beliau akan menunjukkan kepada kami bagaimana mahu hyperlink dengan web...

SAM vs DOL...

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit.

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9
orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

===================================

Lawak Pagi...

Aliff : Azmi, kau ni bila nak kahwin? Dah tua bangka dah...

Azmi : Aku belum jumpa perempuan idaman aku lagi

Aliff : Kau ni mesti memilihkan, nak yang cantik je...

Azmi : Aku tak kesah cantik ke buruk, yang penting kentut dia wangi...

Aliff : ????

----------------------------

Seorang warga Indonesia baru tiba di KLIA dan menaiki teksi untuk ke destinasinya.

Warga Indon : Pak saya mau ke rumah teman saya di Kg Pandan bisa dihantari ye pak?

Driver Teksi : Boleh, naik le . . .

Warga Indon : Tima kasih pak.

Driver Teksi : Kat Kg Pandan tu disebelah mana, Kg Pandan Luar ke atau Kg Pandan Dalam?

Warga Indon : Gini pak, nombor rumah temannye saya tu kurang ingat, tapi nama Jalannye bisa pak.

Driver Teksi : Ooo.. gitu, jadi apa nama Jalannye mungkin saya boleh carikan?

Warga Indon : Seingat saya nama jalan tu ialah JALAN SEHALA pak.

Driver Teksi : Aduuuh . . . pulak dah mampos aku nak mencarinye (dalam hati)

----------------------------

Suami : Kenapa Sayang menangis?

Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..

Suami : Buku apa?

Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?

lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?

budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.

lelaki : ?????

Citer 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor

tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah.

Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.

(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Citer 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Citer 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

Citer 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

--------------

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak...

Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"

Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"

Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu," lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."

Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

Wednesday, March 31, 2010

Palestin itu jauh dari kita...

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpah ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?



--SIDDIQAH--

Monday, March 29, 2010

POSTER.....

Pada hari ini kami yang mengambil kursus teknologi pengajaran telah belajar membuat poster berkenaan tajuk kumpulan masing-masing... Kami diberikan masa satu jam untuk menyiapkan poster kumpulan masing-masing dari pukul 2 petang hinggalah 3 petang... Masing-masing menyiapkan poster kumpulan masing-masing dengan baik sekali dan tepat pada masa yang telah ditetapkan... Kemudian pada pukul 3 lebih, presentation terus bermula dengan kumpulan huzaimi dan wan mazian.... Seterusnya dan ketiga adalah giliran saya untuk presentation pula.... Saya membuat 3 poster untuk kumpulan saya, daripada saya membuang masa baik saya buat lebih sedikit daripada orang lain... Walaupun nampak simple tapi asalkan sesuai untuk pengajaran kanak-kanak kelak...


Poster yang dibuat hendaklah sesuai dengan pengajaran untuk kanak-kanak kelak kerana bagi memudahkan kanak-kanak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut..
Masing-masing membentangkan karya ciptaan sendiri dengan baik dan menarik sekali... yang kurang kita sama-sama perbaiki... Minggu depan kami akan belajar tentang 'lesson plan' untuk bahan pengajaran kami kelak.. dan kami juga belajar bagaimana untuk membuat 'lesson plan'... Kita sambung pada minggu hadapan pula ok!!!! Ok, sekian terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuanganku......