Mieda...

Buat Mujahidah Solehah...

"Dengan kecantikanmu, kau lebih bersinar dari matahari... Dengan akhlakmu, kau lebih harum dari wangian... Dengan kerendahan hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rambut yang beterbangan..."
Maka...
Pertahankanlah keindahan ini agar kau terus menjadi sayap PEJUANG ISLAM!!!

Thursday, April 29, 2010

Musim 'Exam'....

Salam dan selamat sejahtera kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian...
Saya harap rakan sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya, tidak lupa juga kepada Dr.chin semoga sihat sentiasa... Sudah lama rasanya saya tidak 'update' blog saya ni, maaflah rakan sekalian kerana kebelakangan ini saya agak sibuk sedikit. Maklumlah sudah tiba musim peperiksaan kan, so kena 'study' lar.. Tak sempat juga rasanya jikalau mahu singgah-singgah di blog saya ni.. hehehehe. masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing... Pada musim 'exam' ni, saya rasa agak berat sedikit kerana maklumlah mesti nak dapat result cemerlang kan.. Saya harap kita semua sentiasa berdoa untuk diri masing-masing, dan tidak lupa juga untuk rakan-rakan yang lain... dan paling penting jangan lupa berdoa untuk kedua ibu bapa kita kerana mereka merupakan anugerah yang tidak ternilai bagi kita... dan mereka juga tidak pernah jemu dalam mendidik kita sehinggalah kita berjaya sehingga sekarang... so minta lah restu daripada kedua ibu bapa kita supaya mendoakan kita untuk 'exam' ini... Sampai di sini sahajalah coretan saya kerana saya kekangan masa di musim 'exam' ini... hehhehe... Jikalau saya sudah lapang nanti, saya akan sentiasa meng'update' blog saya ini k.. ok lah rakan-rakan seperjuangan sekalian, saya mengundur diri dahulu dengan mendoakan sekalian agar menjawab 'exam' dengan baik dan semoga hasilnya nanti gempak... hehhe.. Dr.chin... doakanlah juga untuk kami agar kami sentiasa meningkat dalam akademik.. terima kasih banyak-banyak kepada Dr.chin dan rakan-rakan sekalian kerana sanggup berkongsi ilmu selama perjuangan kita di medan ini.. ok lah,,, jaga diri elok-elok yer semua rakan-rakanku... Salam Perjuangan diucapkan kepada semua..... =)

No comments:

Post a Comment