Mieda...

Buat Mujahidah Solehah...

"Dengan kecantikanmu, kau lebih bersinar dari matahari... Dengan akhlakmu, kau lebih harum dari wangian... Dengan kerendahan hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rambut yang beterbangan..."
Maka...
Pertahankanlah keindahan ini agar kau terus menjadi sayap PEJUANG ISLAM!!!

Friday, February 5, 2010

"Firedrill..."

Pada tengah malam lebih kurang pada jam 2 pagi, tiba-tiba suasana kolej menjadi bising dan huru-hara dengan teriakan dan bising mahasiswi-mahasiswi 4th kolej supaya bangun dari tidur dan keluar daripada bilik berlari ke court bawah. Rupa-rupanya, ada firedrill.. huhuhu.. Ada yang turun pakai baju tidur, tidak kurang juga lelaki yang turun pakai kain pelekat siap bawa kain selimut lagi dan jam loceng yang besar.. Memang kelakar betul.. Masing-masing dengan muka pananya, dan ada juga yang tidak berpuas hati dengan firedrill itu kerana ada sesetengah daripada mereka tidak tahu tentang perkara tersebut...
Selepas berkumpul di court tersebut, kehadiran di ambil oleh setiap floorep masing-masing... Kemudian, pihak bomba ambil alih dengan menunjukkan cara memadamkan api dan yang berkaitan dengannya kepada kami semua.. Ada student yang disuruh untuk memadamkan api, hal ini adalah untuk mengajar dan menunjukkan kepada kami bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut andaikata ia berlaku pada suatu hari nanti... Kemudian, pada jam 3 kami semua pulang beredar ke bilik masing-masing dan sambung tidor kembali kerana ada kelas pada ari ini.

No comments:

Post a Comment