Mieda...

Buat Mujahidah Solehah...

"Dengan kecantikanmu, kau lebih bersinar dari matahari... Dengan akhlakmu, kau lebih harum dari wangian... Dengan kerendahan hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rambut yang beterbangan..."
Maka...
Pertahankanlah keindahan ini agar kau terus menjadi sayap PEJUANG ISLAM!!!

Monday, February 22, 2010

Macam-macam hari ini....




Hari ini saya datang kelas tekno terlalu awal iaitu pada pukul 12.30 tengah hari, padahal kelas pada pukul 1...(macam tidak percaya la pula kan, hehehehe... datang kelas tekno awal hari ini sebab biasanya datang kelas pada hari sebelumnya, lecturer sudah ada dalam kelas, hehehehe).... Hari ini kami belajar 'audacity' iaitu cara bagaimana hendak edit lagu,campur lagu dan boleh buat macam-macam lagi.. dan juga belajar bagaimana merakam suara yang boleh digunakan dan dijadikan sebagai bahan pengajaran kelak apabila sudah berkarier kelak.... Mula-mula kelas, komputer tidak boleh digunakan di makmal kerana ada sedikit masalah teknikal... Nasib baik beberapa orang membawa laptop sendiri termasuk la diri saya sendiri.... Saya meminjamkan laptop kepada lecturer sebentar supaya lecturer dapat menerangkan pembelajaran pada hari ini.... Semua berkumpul di tempat saya untuk mendengar penerangan dari lecturer... Kemudian, masa diberikan untuk solat dan makan sebentar.... Selepas selesai, saya masuk ke kelas dan lecturer memberitahu saya bahawa semua komputer makmal sudah boleh digunakan... Kemudian suasana dalam kelas tadi menjadi bising kerana bermacam-macam lagu yang keluar daripada rakaman masing-masing.... Bermacam-macam lagu,hehehheheh.... Sehingga pening kepala hendak mendengar semuanya... Masing-masing memberi tumpuan ketika Dr. Chin memberi tunjuk ajar bagaimana hendak menggunakan 'audacity', kemudian masing-masing belajar sendiri... Pada minggu hadapan kami belajar bagaimana menggunakan photoscape... Kelas ini cool je........... hehehehehehe....

No comments:

Post a Comment