Mieda...

Buat Mujahidah Solehah...

"Dengan kecantikanmu, kau lebih bersinar dari matahari... Dengan akhlakmu, kau lebih harum dari wangian... Dengan kerendahan hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rambut yang beterbangan..."
Maka...
Pertahankanlah keindahan ini agar kau terus menjadi sayap PEJUANG ISLAM!!!

Saturday, March 20, 2010

Seminar APK 2010...

Hari ini yang bertarikh 20 hb 3, 2010 telah diadakan seminar bagi kursus APK. Seminar ini merupakan seminar yang kedua dan merupakan the last seminar.. Pada mulanya seminar ini bertempat di Audi Pendidikan, tetapi last minute tempatnya bertukar ke Dewan Arif di blok pentadbiran pendidikan. Mengikut yang betulnya program ini bermula pada pukul 8 dan berakhir pada pukul 1... Tetapi pada hari ini, disebabkan sikap pelajar yang sambil lewa dengan program ini seminar bermula pada pukul 8 lebih kerana menunggu pelajar yang hadir lewat.....

Seminar ini mempunyai 2 sesi.. pertama, dengan pensyarah kursus APK sendiri yang mengajar kami dalam kelas... kemudian sesi 2 dikendalikan oleh seorang usahawan yang boleh dikira berjaya atas usaha-usaha yang beliau lakukan demi mencapai kejayaan... tiada faktor yang menghalang beliau daripada untuk berjaya... Tetapi malangnya sikap pelajar yang menghadiri seminar itu adalah tidak memuaskan kerana ada yang bersikap kurang sopan kerana seminar ini merupakan majlis formal... walaupun telah diberitahu banyak kali supaya handphone di silentkan ketika seminar berjalan tetapi ada lagi yang tidak mendengar kata... ketika lecturer tengah memberi taklimat, masih ada lagi handphone yang berbunyi, kemudian ada juga pelajar yang tidak berpakaian kemas dan sebagainya.. hal ini menunjukkan bahawa pelajar tiada identiti dan tidak pandai menjaga adab sopan langsung....

Seminar telah tamat awal iaitu pada pukul 12 tetapi makanan kami lambat sampai... kami terpaksa tunggu makanan sampai dulu baru boleh balik ke kolej... makanan sampai pada pukul 1.. penat menunggu makanan, selepas mengambil makanan saya dan rakan yang lain terus balik ke kolej kerana kerana kepenatan...


Itulah sedikit sebanyak tentang seminar yang telah saya hadiri...

No comments:

Post a Comment