Mieda...

Buat Mujahidah Solehah...

"Dengan kecantikanmu, kau lebih bersinar dari matahari... Dengan akhlakmu, kau lebih harum dari wangian... Dengan kerendahan hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rambut yang beterbangan..."
Maka...
Pertahankanlah keindahan ini agar kau terus menjadi sayap PEJUANG ISLAM!!!

Friday, March 26, 2010

...APK...





Pada 23 & 24 haribulan 3 2010 yang lepas, telah diadakan hari keusahawanan sem 2 bagi sesi 2009/2010 di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya... Saya telah menyertai hari keusahawanan tersebut yang mana gerai saya mempunyai seramai 25 orang ahli... Pada hari kejadian kami menjual pelbagai jenis makanan. Menu utamanya adalah nasi ayam dan diantara makanan yang lain pula adalah seperti bubur nasi, roti sosej, dadih, donat, roti sardin, muaci, buah-buahan, ais blender, air dan sebagainya...

Pada 2 hari kejadian itu berlangsung, keadaan amat sesak dengan dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang lalu di situ.. ada yang membeli dan ada yang sekadar melihat sahaja.. Ramai juga yang datang membeli di kedai kami... Pada petang 23 haribulan, urusetia telah melawat setiap gerai untuk mengambil markah bagi setiap gerai yang mewakili kumpulan masing-masing... Ada dua tempat hari usahawan itu dijalankan iaitu satu di KPS dan satu lagi di bangunan peperiksaan...

Pada hari kedua, gerai kami dikunjungi begitu ramai pelanggan sekali... Banyak makanan yang telah habis dahulu... Dan ada gerai awal-awal sudah menutup gerainya, mungkin kerana makanannya sudah habis dijual... Lebih kurang pada pukul 4 lebih, semua gerai diminta mengemaskan semua barang-barang dan hendaklah memulangkan semula meja dan kerusi yang telah dipinjamkan... Maka, kami pun mengemas semua barang-barang dan membuang sampah... Kemudian setelah selesai kami pun pulang ke kolej..

Saya berasa sangat letih dan penat ditambah lagi dengan sakit gigi... Nasib baik saya dapat bertahan walaupun saya tidak berapa sihat... Akhirnya, sampai ke kolej saya membersihkan diri dan terus tidur kerana kepenatan... Sekian sahaja cerita saya sampai disini dahulu....

No comments:

Post a Comment