Mieda...

Buat Mujahidah Solehah...

"Dengan kecantikanmu, kau lebih bersinar dari matahari... Dengan akhlakmu, kau lebih harum dari wangian... Dengan kerendahan hatimu, kau lebih tinggi dari rembulan... Dengan kelembutanmu, kau lebih halus dari rambut yang beterbangan..."
Maka...
Pertahankanlah keindahan ini agar kau terus menjadi sayap PEJUANG ISLAM!!!

Wednesday, March 31, 2010

Palestin itu jauh dari kita...

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpah ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?



--SIDDIQAH--

Monday, March 29, 2010

POSTER.....

Pada hari ini kami yang mengambil kursus teknologi pengajaran telah belajar membuat poster berkenaan tajuk kumpulan masing-masing... Kami diberikan masa satu jam untuk menyiapkan poster kumpulan masing-masing dari pukul 2 petang hinggalah 3 petang... Masing-masing menyiapkan poster kumpulan masing-masing dengan baik sekali dan tepat pada masa yang telah ditetapkan... Kemudian pada pukul 3 lebih, presentation terus bermula dengan kumpulan huzaimi dan wan mazian.... Seterusnya dan ketiga adalah giliran saya untuk presentation pula.... Saya membuat 3 poster untuk kumpulan saya, daripada saya membuang masa baik saya buat lebih sedikit daripada orang lain... Walaupun nampak simple tapi asalkan sesuai untuk pengajaran kanak-kanak kelak...


Poster yang dibuat hendaklah sesuai dengan pengajaran untuk kanak-kanak kelak kerana bagi memudahkan kanak-kanak memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut..
Masing-masing membentangkan karya ciptaan sendiri dengan baik dan menarik sekali... yang kurang kita sama-sama perbaiki... Minggu depan kami akan belajar tentang 'lesson plan' untuk bahan pengajaran kami kelak.. dan kami juga belajar bagaimana untuk membuat 'lesson plan'... Kita sambung pada minggu hadapan pula ok!!!! Ok, sekian terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuanganku......

Friday, March 26, 2010

Engkau Yang Bernama Wanita...

WANITA..

kau digelar sbg penyeri dunia,
hadirmu pelengkap hubungan manusia,
bukan dirimu insan biasa,
malah adam turut sunyi tanpa hawa..

WANITA..
tercipta engkau dari rusuk lelaki,
bukan dari kaki untuk dialasi,
bukan dari kepala untuk dijunjung,
tapi dekat dibahu untuk dilindung,
dekat jua dihati untuk dikasihi..
enkaulah WANITA hiasan duniawi...

WANITA..
hiasan dunia..
seindah hiasan adalah wanita solehah..
yang akan membahagiakan syurga didalam rumah tangga..

Buat teman-teman yang diingati..
Jangan dicinta kerana dia lelaki
Kelak kita akan membenci
Jika dia bukan lelaki yang dicari
Hanya pandai menabur janji...

Jangan di rindu pada paras rupa
Kelak kita akan terseksa
Jika dia tidak sebaik rupanya
Senyumnya manis tipu belaka...

Jangan disayang kerana berharta
Kelak kita hidup menderita
Jika hartanya habis dibelanja
Sukar hidup, miskin dan papa...

Jangan dikasih kerana dipuji
Kelak kita menagih janji
Jika rupa berkedut dimamah hari
Hilang sudah puji memuji....

Jangan dicari seorang kekasih
Kelak kita akan disisih
Jika kasih luntur bersih
Menangislah diri hidup bersedih...

Jangan disambut salam rindu
Kelak kita menahan sendu
Jika rindu tak dapat disatu
Dimanakah kita akan mengadu...

Jangan dilayan seorang teman
Kelak hidup menjadi ancaman
Jika teman tidak beriman
Dibakar api hari kemudian...

Wahai sahabat wahai teman
Carilah dia kerana tuhan
Untuk menambah ceteknya iman
Bekalan diri hidup berteman...

Wahai sahabat wahai teman
Cintalah dia kerana beriman
Dijadikan tuhan sebagai pasangan
Baik buruk ketentuan tuhan

Wahai sahabat wahai teman
Terimalah dia penuh keikhlasan
Andai buruk angaplah dugaan
Andai baik pujilah tuhan...

Wahai sahabat wahai teman
Ingatlah akan janji tuhan
Isteri yang baik besar balasan
Suami penyabar itulah kemenangan...


" jaDIlAh HaMbA yAnG sENtIaSa MeNdAmBAkAn kAsIh DaRi yAnG MaHa EsA "

...APK...





Pada 23 & 24 haribulan 3 2010 yang lepas, telah diadakan hari keusahawanan sem 2 bagi sesi 2009/2010 di Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya... Saya telah menyertai hari keusahawanan tersebut yang mana gerai saya mempunyai seramai 25 orang ahli... Pada hari kejadian kami menjual pelbagai jenis makanan. Menu utamanya adalah nasi ayam dan diantara makanan yang lain pula adalah seperti bubur nasi, roti sosej, dadih, donat, roti sardin, muaci, buah-buahan, ais blender, air dan sebagainya...

Pada 2 hari kejadian itu berlangsung, keadaan amat sesak dengan dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang lalu di situ.. ada yang membeli dan ada yang sekadar melihat sahaja.. Ramai juga yang datang membeli di kedai kami... Pada petang 23 haribulan, urusetia telah melawat setiap gerai untuk mengambil markah bagi setiap gerai yang mewakili kumpulan masing-masing... Ada dua tempat hari usahawan itu dijalankan iaitu satu di KPS dan satu lagi di bangunan peperiksaan...

Pada hari kedua, gerai kami dikunjungi begitu ramai pelanggan sekali... Banyak makanan yang telah habis dahulu... Dan ada gerai awal-awal sudah menutup gerainya, mungkin kerana makanannya sudah habis dijual... Lebih kurang pada pukul 4 lebih, semua gerai diminta mengemaskan semua barang-barang dan hendaklah memulangkan semula meja dan kerusi yang telah dipinjamkan... Maka, kami pun mengemas semua barang-barang dan membuang sampah... Kemudian setelah selesai kami pun pulang ke kolej..

Saya berasa sangat letih dan penat ditambah lagi dengan sakit gigi... Nasib baik saya dapat bertahan walaupun saya tidak berapa sihat... Akhirnya, sampai ke kolej saya membersihkan diri dan terus tidur kerana kepenatan... Sekian sahaja cerita saya sampai disini dahulu....

Tuesday, March 23, 2010

Presentation...

Semalam yang bertarikh 22 haribulan 3 2010, kelas tekno di isi dengan presentation setiap kumpulan yang semuanya ada 7 buah kumpulan... setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan iaitu video mengikut tajuk kumpulan masing-masing...

Masing-masing mempunyai bakat yang berbeza dalam mempersembahkan video kumpulan masing-masing... Video setiap kumpulan masing-masing amat menarik sekali dan sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran kanak-kanak kelak... Tetapi ada juga hasil kerja kumpulan yang tidak sesuai dengan pengajaran untuk kanak-kanak... Setiap pembentangan akan dikomen dan diberi pandangan untuk membaik pulih semula bagi lebih baik hasil kerja video tersebut.... Tidak lupa juga kepada Dr. Chin, terima kasih banyak-banyak kerana membantu kami semua dalam melakukan tugasan tersebut.. kerana tanpa beliau, maka kami tidak akan dapat menyiapkan tugasan kami yang berupa video tersebut...

Kemudian, apabila selesai semua pembentangan kumpulan, kami membaik pulih semula tugasan video kami.... kelas pada hari semalam memang amat seronok dan ceria dengan pembentangan video dari setiap kumpulan.. hehehehhe,,, gembiranya..... :)

Sunday, March 21, 2010

KeTikA kANak-kaNAk...






Ketika kanak-kanak,
menangis ku kerana haus dan lapar..
menangis ku kerana inginkan belaian hangat ibu di tubuhku,
menangis ku kerana inginkan barang permainan,
menangis ku kerana inginkan perhatian dari ayah dan ibu setiap masa.

Ketika usiaku menjangkau awal remaja,
menangis ku kerana rakan-rakanku,
menangis ku kerana gelojak rasa sayang terhadap kaum yang bertentangan dengan jantinaku,
menangis ku kerana aku gagal dalam bercinta,
menangis ku kerana aku gagal atau cemerlang dalam peperiksaan,
menangis ku juga kerana ada ketika aku berjaya menarik perhatian gadis dan jejaka,
menangis ku kerana kesepian tanpa rasa rindu dan cinta pada hamba ciptaanNya.

Ketika usiaku menginjak dewasa,
aku mungkin menangis kerana susahnya menempuh alam pekerjaan,menuntut seluruh kosentrasiku, memerah keringatku,
menangis aku kerana anak-anak ku,
menangis ku kerana isteri atau suamiku,
menangis aku kerana tidak punya kereta besar atau rumah yang sempurna,
menangis ku kerana tidak mampu memberi kesenangan harta benda kepada keluargaku.

Ketika usiaku berada di penghujung..
aku menangis kerana gagal memberi kesenangan kepada keluargaku,
menangis aku kerana kesihatanku yang sudah mula merosot,
menangis aku kerana anak-anakku pergi meninggalkan aku berkhidmad utk keluarganya,
menangis aku kerana jarum silih berganti menusuk kulitku,
menangis aku kerana aku bakal meninggalkan dunia,sedangkan aku masih belum MENANGIS KERANA AKU LALAI PADA PERINTAHNYA! !

mungkin kita tergolong dalam salah satu rentetan usia tersebut.. kita sentiasa menangis untuk perkara2 remeh meliputi hal2 duniawi..tapi kita selalu alpa untuk menangis atas kejahilan kita mengenal YANG MAHA ESA,kita sibuk mengumpul ilmu serta harta dunia,sehingga kita lupa utk menangis atas kurangnya harta serta saham utk alam abadi kelak,kita menangis kerana hilangnya cinta pada kekasih,isteri atau suami serta anak2,tetapi kita alpa untuk menangis atas KEHILANGAN NIKMAT IMAN SERTA KASIH ALLAH KEPADA KITA.Kita menangis kerana kecacatan fizikal yang diberi Ilahi,namun kita gagal untuk menangis tanda syukur atas nikmat lain yang diberi tanpa meminta secebis balasan sekalipun..

renung-renungkanlah ..saya mengingatkan diri saya yang selalu lupa untuk MENANGIS keranaNya..sebagai panduan kita bersama..

MAAF YA KENGKAWAN KU SUME....






Salam dan selamat sejahtera.....
Maaf kawan-kawan kerana saya lambat update saya punya blog... Agak-agak lebih kurang 3 minggu rasanya saya tidak update blog saya ini kerana saya sedikit sibuk kebelakangan ini.. banyak kerja yang harus dilakukan dan dibereskan dalam pada masa yang sama... huhuhuhu.... sedihnya rasa....

Beberapa minggu yang lepas dalam kelas tekno kami belajar photoscape dan photostory... mula-mula nak belajar memang rasa sukar sedikit tetapi apabila belajar dengan perlahan-lahan, alhamdulillah akhirnya berjaya juga belajar semuanya... kadang-kadang terlupa juga pembelajaran yang lepas-lepas.... maklumlah sudah semakin lupa aje sekarang ini... bak kata orang tua dulu-dulu banyak makan semut dan asam kot... hehhehhe... tetapi syukur juga kepada kawan-kawan semua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka semua kerana banyak membantu saya dalam kursus ini..... dan tidak lupa juga kepada Dr. Chin, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada beliau yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama 11 minggu yang lepas... tanpa tunjuk ajar beliau pasti saya tidak pandai dan mahir dalam bidang tersebut.

Saya berasa amat seronok belajar tentang photoscape dan photostory... ia nya membuat video sama macam video marker juga.... boleh simpan kenangan-kenangan yang indah dalam video tersebut.... dengan itu juga, kita boleh buat macam-macam video dan boleh digunakan sebagai bahan pengajaran apabila sudah berkerjaya kelak..... Itu saja yang dapat saya ceritakan untuk hari ini... Harap kepada sesiapa yang membaca blog saya ini terhibur serba sedikit dengan cerita saya walaupun tidaklah seceria mentari... hehhehehhe......

Sekian, terima kasih...
Salam perjuangan kepada semua....

Saturday, March 20, 2010

Seminar APK 2010...

Hari ini yang bertarikh 20 hb 3, 2010 telah diadakan seminar bagi kursus APK. Seminar ini merupakan seminar yang kedua dan merupakan the last seminar.. Pada mulanya seminar ini bertempat di Audi Pendidikan, tetapi last minute tempatnya bertukar ke Dewan Arif di blok pentadbiran pendidikan. Mengikut yang betulnya program ini bermula pada pukul 8 dan berakhir pada pukul 1... Tetapi pada hari ini, disebabkan sikap pelajar yang sambil lewa dengan program ini seminar bermula pada pukul 8 lebih kerana menunggu pelajar yang hadir lewat.....

Seminar ini mempunyai 2 sesi.. pertama, dengan pensyarah kursus APK sendiri yang mengajar kami dalam kelas... kemudian sesi 2 dikendalikan oleh seorang usahawan yang boleh dikira berjaya atas usaha-usaha yang beliau lakukan demi mencapai kejayaan... tiada faktor yang menghalang beliau daripada untuk berjaya... Tetapi malangnya sikap pelajar yang menghadiri seminar itu adalah tidak memuaskan kerana ada yang bersikap kurang sopan kerana seminar ini merupakan majlis formal... walaupun telah diberitahu banyak kali supaya handphone di silentkan ketika seminar berjalan tetapi ada lagi yang tidak mendengar kata... ketika lecturer tengah memberi taklimat, masih ada lagi handphone yang berbunyi, kemudian ada juga pelajar yang tidak berpakaian kemas dan sebagainya.. hal ini menunjukkan bahawa pelajar tiada identiti dan tidak pandai menjaga adab sopan langsung....

Seminar telah tamat awal iaitu pada pukul 12 tetapi makanan kami lambat sampai... kami terpaksa tunggu makanan sampai dulu baru boleh balik ke kolej... makanan sampai pada pukul 1.. penat menunggu makanan, selepas mengambil makanan saya dan rakan yang lain terus balik ke kolej kerana kerana kepenatan...


Itulah sedikit sebanyak tentang seminar yang telah saya hadiri...